Image result for 余清禄

Rakyat Sarawak telah mengalami sekali pertikaian dan telah mencapai persafahaman untuk memastikan kepentingan dan kebaikan Sarawak dipertahankan maka menyeru Kerajaan Sarawak ambil tindakan menggesa pihak professional seperti Persatuan peguam Sarawak, pertubuhan swasta dan pihak parti-parti politik di Sarawak sumbangkan cadangan mereka. Kami rakyat Sarawak menyeru dan menggesa Kerajaan Sarawak akan boleh bertindak:-

 

Image result for 余清禄

 

 

Sungguh Terperanjat Tiada Rang Pindaan Undang undang Akan Dikemukakan Dalam Mesyuarat Dewan Undangan Sarawak
 (kenyataan Daripada Yu Chin Liik Pengerusi Parti Bumi Kenyalang)

27hb April, 2019

Sungguh terperanjat dan merasai kecewa bagi semua Sarawakians yang berharap-harap akan menerima keterangan tentang apa-apa langkah yang akan diambil daripada mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak menurut berita bahawa mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak akan diadakan pada 29hb April ---- 9hb Mei 2019 tiada mengemukakan apa-apa Rang Pindaan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian 1 Perkara 1(2).

Kerajaan PH Persekutuan bermaksud tunaikan janji-janji Manifesto Partinya tatkala pilihan-raya umum ke-14 bahawa akan kembalikan Status Sabah dan Sarawak berstatus Negara yang berstatus sama serata dengan Persekutuan Tanah Melayu dalam Negara Malaysia. Satu kejadian baik telah dinampak Rang pindaan undang-undang Perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian 1 Perkara 1(2) telah dikemukakan oleh Kerajaan PH Persekutuan dalam Mesyuarat Parlimen Malaysia yang telah lepas ini. Akan tetapi ditewaskan kerana tidak mendukung majoriti 2/3 undian dengan 138 undian (kurang 10 undian) berbanding 222 undian.

Walau bagaimana pun kita dengan hati tenang berfikir dahulu sekian lamanya 50 tahun lebih Sabah dan Sarawak telah hilang hak-hak sepatutnya yang didukung itu dan runtuh jadi Negeri yang paling mundur dan miskin kerana MA1963 bergabung dalam Persekutuan Malaysia. Patut disanjung tinggi Kerajaan Persekutuan PH kerana Rang pindaan undang-undang Perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian 1 Perkara 1(2) dikemukakan dalam Parlimen Malaysia untuk berbincang dan berbahas.

Soalan akan timbul seharusnya bagaimana akan dibuat sekarang?

Jika betul-betul nak pinda Perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian 1 Perkara 1(2), Parti kita Parti Bumi Kenyalang bercadang beberapa langkah dengan begitu:-

1. Menubuhkan satu Jawatankuasa khusus peringkat persekutuan yang membernya sama ramai bilangan daripada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak untuk mengadakan bermesyuarat dari semasa ke semasa.

2. Demikian juga satu Jawatankuasa khusus akan ditubuhkan dalam Sabah dan Sarawak masing-masing yang membernya daripada Persatuan peguam, wakil daripada parti-parti, wakil-wakil daripada NGO. Dicadangkan Jawatankuasa khusus ini kemukakan satu Kertas Kerjanya (kertas siasat kajian) kepada Jawatankuasa khusus peringkat persekutuan sebelum Jawatankuasa khusus ini adakan mesyuarat.

3. Selepas mesyuarat Jawatankuasa khusus di peringkat persekutuan buatkan kertas kerja feedback kepada Jawatankuasa khusus di peringkat negeri untuk berbincang dan berbahas dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan dengan serta-merta umumkan kepada umum supaya semua pihak maklum maklumat ini dan mendengar suara umum. Kemudian balik kepada bermenyuarat dengan Jawatankuasa khusus di peringkat persekutuan supaya mendapat keputusan yang sama berpersefahaman.

4.Langkah yang terakhirnya membuat satu Rang Pindaan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian 1 Perkara 1(2) yang boleh diterima dan diakui oleh ketiga-tiga pihak ini (Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak) dikemukakannya kepada mesyuarat di Dewan  Parlimen Malaysia untuk dibaca dan diluluskan.

Sekarang biarlah kita meneliti Kerajaan Persekutuan PH Malaysia macam mana membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian 1 Perkara 1(2):---

Jawatankuasa khusus telah wujud tetapi bilangan membernya daripada Sabah dan Sarawak sangat minoriti tidak sampai 10% baru beberapa orang sahaja. Mesyuarat sudah adakan tapi tidak nampak apa-apa yang berbincang dalam mesyuarat ini diumumkan macam yang dijalankan dalam peti pita hitam siapa pun tidak dibenarkan tahu. Kemudian dengan cara terkejut umumkan akan membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian 1 Perkara 1(2) dalam mesyuuarat Dewan Parlimen. Kerajaan Negeri Sarawak mengadu mereka tidak tahu melainkan disuruh oleh Kerajaan persekutuan PH “sokong saja”. Akhirnya ditewaskan dalam bacaan kedua kali.

Sekarang Perdana Menteri Dr. Mahathir berkata bahawa akan mengusulkan usul kali kedua untuk membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian 1 Perkara 1(2), apa tindakan akan diambil di Sarawak sini?

Rakyat Sarawak telah mengalami sekali pertikaian dan telah mencapai persafahaman untuk memastikan kepentingan dan kebaikan Sarawak dipertahankan maka menyeru Kerajaan Sarawak ambil tindakan menggesa pihak professional seperti Persatuan peguam Sarawak, pertubuhan swasta dan pihak parti-parti politik di Sarawak sumbangkan cadangan mereka. Kami rakyat Sarawak menyeru dan menggesa Kerajaan Sarawak akan boleh bertindak:-

a. Dengan serta-merta mengusulkan usul Rang Pindaan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian 1 Perkara 1(2) dalam  mesyuarat Dewan Undangan Sarawak yang akan diadakan pada 29hb April --- 9hb Mei 2019.

b. Dengan nyatakan cara dan isi kandungan akan dibincang tentang Rang Pindaan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian 1 Perkara 1(2) di mesyuarat Dewan Undangan Sarawak kepada masyarakat umum.

Menggalakkan masyarakat umum dirikan Jawatankuasa khusus untuk mengkaji dan menyelidik perkara ini kemudian mengepilkan cadangan-cadangan kepada mesyuarat Dewan Undangan Sarawak supaya rombongan Jawatankuasa khusus pindaan perlembagaan persekutuan Malaysia ini lebih kuat dan bergiat berasaskan di belakangan kalangan rakyat jelata. 
Mesyuarat Dewan Undangan Sarawak kali ini digesa untuk sokong dan dukung usul Rang Pindaan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian 1 Perkara 1(2) yang diusulkan oleh YB Sii Chee How Batu Lintang.

Panji berkibar, congan kata gagah berani dan bunyi gendang berlawan bergaung di angkasa dek memelihara dan mempertahankan kepentingan dan kebaikan rakyat Sarawak, pendirian YB-YB di Dewan Undangan Sarawak melambangkan pendirian tegar dan teguh di kalangan rakyat jelata Sarawak. Ingatlah semua YB-YB Sarawak harapan rakyat jelata Sarawak bergantung pada mu, berjuanglah dengan gagah berani!

Cintailah Sarawak!  Sekian dan terima kasih.
Yang benar,

(Daripada Pengerusi Parti Bumi Kenyalang Sarawak)
Yang bertarikh 27hb April, 2019

翻译 Translator

QR Code 肯雅兰之声二维码

Total Viewers Since 1 Dec 2018 从2018年12月1日至今总拜访人数

页面访问数:
46421