RedParrot May 7 at 4:05 PM ·
INI merupakan rakaman video satu perbahasan di mesyuarat Dewan Rakyat yang lepas. Ianya begitu jelas sekali MP Jerlun meminta Sarawak dan Sabah membubarkan kuasa otonomi Imigresen yang sudah termaktub di dalam MA63 sejak dahulu lagi. Kita dikatakan sebagai satu negeri yang meminta bermacam-macam dan Persekutuan akan memberikan namun tiada kompromi bila berbicara hak kita.


Ironinya, hujah dari MP Jerlun ini langsung tidak dicelah oleh ahli-ahli pasukan kem PH Sarawak yang seolah-olah menunjukkan mengapa mereka akan menjadi "Yes Boss" andaikata mereka berkuasa di peringkat negeri kelak. Konon-konon mendabik dada akan mempertahankan hak Sarawak sampai bila-bila tapi bila rakan seangkatan cuba menghakis hak Sarawak, diam seribu bahasa.

-RP-

翻译 Translator

QR Code 肯雅兰之声二维码

Total Viewers Since 1 Dec 2018 从2018年12月1日至今总拜访人数

页面访问数:
151784