SURAT TERBUKA KEPADA DR MASZLEE MALIK: KENAPA DR MASZLEE BERUBAH MENJADI PEMIMPIN RASIS SELEPAS PRU-14?

Atas Nama Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Adil,Sebagai anak Bumiputera Sabah dan rakyat berbangsa Melayu-Islam yang pandai bertutur bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, aku tidakbersetuju 100% secara prinsip dengan semua kenyataan rasis Menteri Pendidikan, Dr
Maszlee Malik di dalam negara Malaysia.

Aku dan bapa aku pernah dibantu oleh Dr Maszlee Malik pada 13 November 2016 kerana beliau turut terlibat dengan kempen solidariti pembebasan aku daripada
tangkapan politik yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO-BN di Tawau Sabah sebelum PRU-14. Aku menganggap Dr Maszlee adalah antara pemimpin idola aku yang amat aku hormati dan aku menganggap Dr Maszlee adalah pemikir Demokrat Muslim yang benarbenar berprinsipkan reformasi tulen sebelum dia menjadi Menteri Pendidikan di negara Malaysia.

Malangnya selepas PRU-14, aku sangat terkejut melihat perubahan watak kepimpinan Dr Maszlee Malik sejak beliau menjadi badut politik Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Maszlee yang sekarang bukan lagi Dr Maszlee yang aku kenal dulu. Dr Maszlee berubah menjadi seorang pemimpin rasis dan aku tidak bersetuju dengan ideologi politik rasis ini untuk mengekalkan sistem pendidikan yang mendiskriminasi bangsa minoriti lain seperti
bangsa Cina, India dan orang asli dalam Malaysia.

Kenyataan Dr Maszlee Malik tentang sistem kuota pengajian Matrikulasi dan tentang isu bahasa Mandarin mendiskriminasi orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor pekerjaan adalah satu kenyataan rasis yang banyak pertentangan. Secara fakta dan kebenarannya, Dr Maszlee salah 100% memahami realiti di Malaysia dan sengaja menggelapkan masalah pokok diskriminasi sistem pendidikan dan sistem pekerjaan kepada bangsa minoriti lain dalam Malaysia.

anak-anak Malaysia yang cerdik pandai dalam kalangan bangsa Cina, India dan bangsa minoriti lain yang bukan termasuk dalam kelompok Melayu & Bumiputera adalah mangsa utama kepada diskriminasi dasar pendidikan negara Malaysia yang sangat korup selama lebih 60 tahun.
Selama lebih 12 bulan Dr Maszlee Malik memberi janji-janji manis untuk melakukan perubahan sistem pendidikan, sehingga hari ini masalah utama ini sengaja tidak diselesaikan. Malah, dasar pendidikan korup UMNO-BN diteruskan oleh Dr Maszlee Malik kerana Ketua sebenar dalam Kementerian Pendidikan adalah seorang Perdana Menteri Rasis dalam Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ada berjuta-juta anak miskin dan kelas pertengahan dalam kelompok bangsa minoriti Cina, India dan orang asli di dalam Malaysia tidak diberikan peluang masuk Universiti Awam dan Kolej Matrikulasi 100% kerana sistem kuota yang sangat rasis ini. 90% kuota pendidikan untuk Melayu dan Bumiputera bukanlah satu kebanggaan kepada aku sebagai anak Bumiputera dan ia bukan "Win-Win Situation".

Tetapi ia adalah sistem kuota yang cukup menjijikkan, lapuk ketinggalan zaman, tidakrelevan dan membawa kepada kemunduran kepada negara Malaysia pada masa kini dan masa hadapan. Ia terang-terangan menindas bangsa lain dalam Malaysia yang membayar cukai dalam Malaysia.

Source:trilinq

 

翻译 Translator

QR Code 肯雅兰之声二维码

Total Viewers Since 1 Dec 2018 从2018年12月1日至今总拜访人数

页面访问数:
80637