Sarawak financial status (Click to view)
(
Click picture to view)

LGE felt the heat of PBK's "in quest of independence" and lost his cool and worried PH Sarawak might lose in Sarawak next election hence trying to fool people by saying "under GPS Sarawak will bankrupt in 3 year's" since GPS has the most ADUN at the moment.

More attacks by PH on Sarawak political parties expected and Sarawak people will be smart enough to see through such ill intention of PH. That's merely LGE desperate attempt to regain trust of Sarawak people after failure to deliver election promises.

Akan bankrap hanya jika PH kuasai Sarawak

KUCHING: Menteri Kewangan Lim Guan Eng diingatkan supaya tidak memperlekeh dan memandang rendah terhadap rakyat Sarawak.

Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan menegaskan, Sarawak hanya akan jatuh muflis jika ia dipimpin oleh Pakatan Harapan.

Kenyataan beliau itu sebagai mengulas kenyataan Guan Eng yang meramal Sarawak akan bankrap dalam tempoh tiga tahun.

Kenyataan Menteri Kewangan itu mendapat reaksi negatif dan keras daripada pelbagai pihak di Sarawak.

Bagi mereka, kenyataan beliau yang bersifat menakut-nakutkan itu hanya menyebabkan pelabur tidak lagi percaya untuk melabur di Sarawak.

Ia bukan sahaja disifatkan sebagai kenyataan tidak bertanggungjawab daripada seorang Menteri Kewangan, tetapi jelas berbau politik.

“Sarawak akan bankrap jika ia diperintah oleh PH. Ini pandangan umum rakyat Sarawak,” kata Voon, yang juga bekas ahli DAP.

“Bagi rakyat, Sarawak akan jatuh muflis jika PH menang dan menguasai Petra Jaya,” katanya.

Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, Bersatu dan Amanah – semuanya berpangkalan di Semenanjung, menyimpan impian untuk menewaskan GPS dalam PRN-12 yang dijangka diadakan pada awal 2021.

Jelas Voon, Sarawak berjaya mengumpul RM30 bilion sejak beberapa tahun lalu.

Voon menempelak Guan Eng kerana menggesa rakyat Sarawak membantu DAP menumpaskan GPS dalam PRN nanti.

Katanya, menjadi hak rakyat Sarawak memilih kerajaan yang disukai mereka.

翻译 Translator

QR Code 肯雅兰之声二维码

Total Viewers Since 1 Dec 2018 从2018年12月1日至今总拜访人数

页面访问数:
301452