Perjuangan Presiden Voon Lee Shan, dari Parti Bumi Kenyalang membela kaum Dayak telah lama terpendam di dalam hatinya. Beliau dengan suara yang lantang dan berani telah menyuarakan kepedihan kaum Dayak sebagai peribumi di negeri Sarawak yang tertinggal jauh dari arus pembangunan dan kemajuan masyarakat.

Ucapan beliau sebagai Ahli Yang Berhormat di Dewan Undang Sarawak (DUN) pada 11 hari bulan November 2009 sangat menyengat YBs dari Barisan National (BN) ketika itu. Kebenaran yang diluahkan oleh YB Voon Lee Shan pada masa itu yang mengatakan kaum Dayak telah tertindas menyebabkan 6 ahli yang Berhormat dari semua Komponen BN membuat laporan polis terhadap beliau.

Enam orang Ahli Yang Berhormat mewakili Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membuat laporan polis terhadap YB Voon itu ialah terdiri daripada ADUN Asajaya YB Abdul Karim Hamzah, ADUN Bukit Saban YB Robert Lawson Chuat, ADUN Pantai Damai YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, ADUN Ba'kelalan YB Nelson Balang Rining, ADUN Bengoh YB Dr. Jerip Susil dan ADUN Pujut YB Chia Chu Fatt.

Dukacitanya pada masa itu, YB Robert Lawson Chuat, YB Nelson Balang Rining dan YB Jerip Susil sebagai orang Dayak tidak memberi sokongan terhadap YB Voon Lee Shan bahkan bersama-sama dengan kaum YB lain telah membuat laporan polis terhadap YB Voon Lee Shan.

Dukacitanya, YB Chia Chu Fatt dari SUPP juga mengikut bersama untuk menyokong YB yang lain membuat laporan polis terhadap YB Voon Lee Shan. Adakah mereka ini menyokong Sarawak atau Malaysia perlu dikuasa oleh satu bangsa atau kaum sahaja?


Peter Asut
Naib Presiden
Parti Bumi Kenyalang.

Joomla SEF URLs by Artio