AMAT luar biasa itulah ayat yang mampu menggambarkan semangat kenyalang yang meresap di sidang mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari sidang mesyuarat begitu “panas” dengan perdebatan daripada para ADUN GPS dan juga PH. Selain membawa isu-isu mutakhir di kawasan masing-masing, para ADUN juga setakat ini memberikan pandangan masing-masing tentang apa yang berlaku sekarang.

Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang maka begitulah juga sumber maklumat mengenai hak-hak rakyat begitu mudah untuk didapati. Rakyat Sarawak misalnya sudah celik segalanya mengenai hak-hak mereka terutama generasi muda. Kesedaran melalui forum-forum yang disertai ditambahlagi dengan dunia tanpa sempadan, maklumat hanya dihujung jari sahaja manakan boleh hal-hal yang sememangnya jelas dilanggar di depan mata boleh didiamkan sebegitu sahaja.

Berbicara dari aspek itu jika kita meneliti hujah-hujah daripada para ADUN mungkin ramai tidak menyedari bahawa pada kali ini ada yang berani tampil membicarakan soal Referendum Ordinance. Referendum Ordinance jika dikuatkuasakan di Sarawak membolehkan rakyat Sarawak diberikan kuasa untuk memilih mengenai halatuju Sarawak pada masa hadapan dan bukan lagi bersandarkan pada satu kerajaan yang dipilih. Maksudnya akan ada satu proses pengundian berlaku di seluruh Sarawak samada untuk memilih kekal bersama Malaysia ataupun berpisah.

Bagi banyak pihak mungkin ini merupakan satu tindakan yang berani mati tetapi perlulah diingatkan bahawa ianya bukanlah salah dari segi undang-undang di dunia kerana ianya termaktub di bawah United Nations Declarations yang memperuntukkan dua cara untuk “self-declarations” iaitu:

A.The 1960 Declaration on the Granting it Independence to Colonial Countries
B.The 1970 Friendly Relations Declaration

Dan menurut sejarahnya, Singapura yang bertindak keluar daripada pembentuk Negara Malaysia pada tanggal 9 Ogos 1965 menggunakan pilihan (A) kerana pada masa itu Malaysia masih lagi baharu ditubuhkan. Mengambil contoh wilayah Quebec di Kanada misalnya menggunakan pilihan (B) yakni mereka masih lagi warganegara Kanada tetapi mempunyai 100% autonomi ke atas segalanya tentang mereka tanpa kerajaan pusat boleh campurtangan sekalipun.

Disamping itu mungkin ramai yang telah mengikuti bagaimana rakyat Catalonia, Sepanyol juga menggunakan kuasa referendum untuk memilih samada ingin kekal atau tidak bersama Sepanyol. Scotland turut melakukan hal yang sama sebelum itu dan keputusannya rakyat Scotland masih lagi ingin bersama di United Kingdom. Itulah penjelasan serba ringkas mengenai keperluan Referendum Ordinance dikuatkuasakan di sesebuah wilayah seperti Sarawak mahupun Sabah yang mempunyai kuasa berbuat demikian hanya setelah Persekutuan Malaysia itu dilihat “gagal” memberikan kesaksamaan seperti yang dijanjikan.

Mungkin mendengar suara-suara daripada segelintir generasi anak Sarawak yang bukan lagi berselindung dengan kehendak mereka malah telah turun ke jalanan meminta referendum dikuatkuasakan maka ada tiga ADUN setakat ini yang menyokong untuk usul Referendum Ordinance dibuat di sidang DUN ini secepat mungkin.

Mengambil kata-kata daripada tiga adun di sidang dewan iaitu ADUN Batu Kitang, YB Ir Lo Khere Chiang, ADUN Piasau, YB Sebastian Ting dan ADUN Meradong, YB Datuk Ding Kuong Hiing. Ianya adalah seperti berikut:

“Giving the green light to do a Referendum would be one of the wishes of the people on this very subject. A referendum is a peaceful way of finding out the people’s aspiration and wishes”. - YB Ir. Lo Khere Chiang, ADUN Batu Kitang

“ I have been hearing voices of Referendum to be conducted, the soonest possible. This is also my own firm belief that we should allow our people to participate in deciding the future of Sarawak. ”. - YB Sebastian Ting, Adun Piasau.

“ Let’s enact the Referendum Ordinance”.-YB Datuk Ding Kuong Hiing, ADUN Meradong

Persoalannya sekarang adakah akan satu lagi kejutan di sidang mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini yang dijangka berakhir pada tanggal 9hb Mei 2019 kelak. Bayangan daripada tiga orang ADUN GPS ini perlu diambil serius malah tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa kesemua ADUN baik dari GPS mahupun PH tahu akan segala sentimen rakyat Sarawak sekarang.

Bersediakah kita semua untuk menghadapinya sekira ia diluluskan dan apakah pula reaksi rakyat di akar umbi. Generasi muda sudah tentu memahami dengan mudah tetapi bagi golongan tua pasti mempunyai pandangan dan akal fikiran yang tersendiri. Impak atas hal ini begitu besar dan jangan pula kita alpa bahawa Kerajaan Persekutuan Malaysia sudah tentu akan memberikan reaksi mereka. Mana mungkin mereka akan hanya berpeluk tubuh sahaja lebih-lebih lagi akan kehilangan “permata” penjana keberhasilan Negara selama ini.

Mahu referendum ordinance atau tidak? Genggam bara api biar jadi abu, jangan sesekali takut-takut berani.

-RP-

Source Red parrot

翻译 Translator

QR Code 肯雅兰之声二维码

Total Viewers Since 1 Dec 2018 从2018年12月1日至今总拜访人数

页面访问数:
46428