#KenapaRundinganTerusDibuatSelepasProsesTenderTerbukaDimuktamadkan?

Di bawah maksud Bekalan B.21 040000 - Program Khusus, saya hendak menyentuh perkara tertakluk di bawah Butiran 040400 - Subsidi Harga Padi, Butiran 040500 - Subsidi Baja Padi, Butiran 040600 - Insentif Pengeluaran Padi dan Butiran 040800 - Subsidi Benih Padi Sah yang dibacakan bersekali.

Saya ingin mendedahkan satu isu yang melibatkan pembatalan beberapa syarikat tempatan yang sebelum ini telah pun dipersetujui sebagai petender secara item mengikut Zon 1, 2 dan 3 bagi tender membekal, menghantar dan menjalankan Kerja-kerja Pengapuran Bagi Kapur Di Bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) untuk tempoh tiga (3) tahun dengan tawaran berjumlah RM52,484,585.95 (RM52.4 juta) melalui surat bernombor tender QT190000000058589.

Untuk makluman, kesemua syarikat ini telah pun melalui proses tender terbuka secara sah, malah pemilihan syarikat ini juga telah dipersetujui oleh Lembaga Perolehan Kementerian yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MOA, Wakil Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Wakil Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya.

Difahamkan, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah dibuat mengenai isu ini. Ia pastinya sesuatu yang amat serius.

Namun, terdapat satu lagi isu yang lebih besar hasil rentetan daripada pembatalan pemilihan syarikat yang saya sebutkan sebentar tadi. Difahamkan, terdapat satu surat daripada YB Menteri kepada YAB Perdana Menteri bertarikh 7 November 2019 untuk memohon melantik secara rundingan terus bagi pembekalan input pertanian sektor padi kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi tempoh 3 tahun iaitu (2020-2022) dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion daripada jumlah peruntukan yang telah diperakukan untuk Subsidi dan Insentif Subsektor Padi dan beras untuk tahun 2020 iaitu RM1.55 bilion.

Persoalan saya, kenapa mahu melibatkan campur tangan Perdana Menteri berhubung perkara ini? Adakah Menteri tidak mempercayai keputusan yang telah pun dipersetujui oleh Lembaga Perolehan Kementerian sendiri?

Kedua, bukankah Kerajaan Pakatan Harapan dahulu beriya-iya mahukan semuanya dibuat secara rundingan tender terbuka, tetapi kenapa bila sudah berkuasa, diminta pula secara rundingan terus? Saya minta YB Menteri untuk menjelaskannya di sini.
Ketiga, kalau pun Kementerian hendak melakukan pemilihan secara rundingan terus, mengapa tidak dilakukan sejak dari awal proses tersebut? Mengapa menganiaya syarikat-syarikat yang telah terlebih dahulu memohon tender dan membatalkan pemilihan mereka selepas dipersetujui Lembaga Perolehan Kementerian, seterusnya menganugerahkan kepada NAFAS?

Keempat, adakah penganugerahan kontrak bernilai RM1.4 bilion kepada NAFAS ini ada kaitan dengan pimpinan NAFAS yang mana kita sedia maklum ahli Jemaah pengarah NAFAS itu sendiri terdiri daripada pemimpin parti politik, Parti Amanah Negara (PAN)? Bukan seorang tetapi ramai lagi pemimpin politik berada dalam NAFAS atas lantikan politik. Adakah ini bentuk kronisme yang sedang diamalkan oleh Malaysia Baharu?

Dan yang terakhir, kelima, saya meminta Kementerian menyatakan jumlah tempahan bilik hotel yang direkodkan atas nama NAFAS sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini. Amatlah musykil apabila pimpinan NAFAS mengenakan pakaian berwarna oren yang sinonim dengan satu parti politik, tambahan pula dalam suasana kempen pilihan raya.

 

free website promotion SubmitX.com

Offer A Gift To Support Parti Bumi Kenyalang (以财礼方式来支援肯雅兰全民党)

Parti Bumi Kenyalang is a multi-racial political party in Sarawak and having an achievable mission :"IN QUEST OF INDEPENDENCE".

We plan to field 82 candidates in the coming Sarawak Election. We are not taking any donations but your gifts in appreciation of our struggles are appreciated. 

肯雅兰全民党是砂拉越的多元种族政党,其使命是可实现的:“追求独立之路”。我们计划在即将到来的砂拉越大选中派出82名候选人,因此我们需要砂拉越人民和海外支持者在经济上以财礼(gift) 方式来支援我们。

Click Here To Offer A Gift

(以财礼方式来支援我们)

Parti Bumi Kenyalang Facebook "Live" 肯雅兰全民党面子书直播

Parti Bumi Kenyalang Facebook Live

PBK Mission Passport使命护照

  

Download PBK Passport 
(for reference only)
下载肯雅兰全民党:使命护照 
(只共参考)

PBK Membership Application

Voice Of Kenyalang QR Code 肯雅兰之声二维码

Total Viewers Since 1 Dec 2018 从2018年12月1日至今总拜访人数

页面访问数:
4790585