Sarawak tawarkan 600,000 hektar tanah untuk tanaman selain sawit

JOHOR BAHRU: Kerajaan Sarawak berhasrat menawarkan kira-kira 600,000 hektar tanah yang tidak akan ditanam semula
dengan kelapa sawit kepada mana-mana pihak yang berminat termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Ketua Menteri,

Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dalam satu pertemuan di Sarawak, esok.
“Esok di Sarawak ada pertemuan dengan Ketua Menteri dan kerajaan negeri berhasrat menawarkan tanah yang cukup luas
hampir 600,000 hektar yang tidak akan ditanam semula dengan sawit.

“Sebahagiannya (tanah itu) saya akan berbincang dengan Sarawak kenapa tidak ditanam dengan jagung bijian yang dapat
membantu kita (negara) mengeluarkan setidak-tidaknya 20 peratus makanan ternakan dengan sumbernya dari jagung bijian kita sendiri,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Kasih Peladang Parlimen Pulai di Kampung Skudai Kiri, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman.
Salahuddin berkata, kementeriannya yakin dapat mengurangkan kebergantungan pada produk import dengan membangunkan semua tanah dan ladang terbiar di negara ini.


“Hampir enam dekad sejak merdeka kita tidak mampu lagi hasilkan produk yang cukup terutama dalam agromakanan dalam negara. “Saya yakin Malaysia boleh mengurangkan kebergantungan produk import, tetapi ia mengambil masa dan mesti bermula hari ini.

“Kita akan terus untuk menjadikan tanah dan ladang terbiar untuk difikirkan bagaimana boleh diisi dengan tanaman ‘cash crop’ sebagai jalan keluar (kepada kebergantungan produk import),” katanya. Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan berkata bagi mengelak ringgit terus menjadi lemah, kerajaan merancang mengurangkan kebergantungan kepada barangan import yang mampu dihasilkan dalam negara.

Katanya, Malaysia perlu mengeluarkan sendiri produk asas seperti sayur-sayuran, buah-buahan, hasil laut dan ternakan bagi mengelak pengaliran ringgit ke luar negara.

Source: BH Online

Related News: 

CM shocked by news claiming S’wak agreed to offer 600,000 ha of land to Putrajaya

free website promotion SubmitX.com

Offer A Gift To Support Parti Bumi Kenyalang (以财礼方式来支援肯雅兰全民党)

Parti Bumi Kenyalang is a multi-racial political party in Sarawak and having an achievable mission :"IN QUEST OF INDEPENDENCE".

We plan to field 82 candidates in the coming Sarawak Election. We are not taking any donations but your gifts in appreciation of our struggles are appreciated. 

肯雅兰全民党是砂拉越的多元种族政党,其使命是可实现的:“追求独立之路”。我们计划在即将到来的砂拉越大选中派出82名候选人,因此我们需要砂拉越人民和海外支持者在经济上以财礼(gift) 方式来支援我们。

Click Here To Offer A Gift

(以财礼方式来支援我们)

Parti Bumi Kenyalang Facebook "Live" 肯雅兰全民党面子书直播

Parti Bumi Kenyalang Facebook Live

PBK Mission Passport使命护照

  

Download PBK Passport 
(for reference only)
下载肯雅兰全民党:使命护照 
(只共参考)

PBK Membership Application

Voice Of Kenyalang QR Code 肯雅兰之声二维码

Total Viewers Since 1 Dec 2018 从2018年12月1日至今总拜访人数

页面访问数:
4782745