Parti Bumi Kenyalang (PBK) memandang dengan penuh kebimbangan dan kekecewaan terhadap penghakisan berterusan dominasi sah Sarawak ke atas sumber minyak dan gasnya di bawah pentadbiran kerajaan GPS.

Setelah bertahun-tahun melaungkan slogan megah, retorik “Sarawak First”, dan apa yang dipanggil sebagai aturan "menang-menang", realitinya kini jelas kepada rakyat Sarawak: GPS telah gagal untuk memastikan pemilikan dan kawalan sebenar ke atas minyak dan gas kita. Sebaliknya, PETRONAS — dengan sokongan kerajaan persekutuan — kini telah beralih ke mahkamah, mendedahkan betapa lemah dan tidak menentunya kedudukan Sarawak ketika ini.

Perkembangan ini telah menggugat keyakinan orang awam.

Jika strategi GPS benar-benar ampuh, Sarawak tidak sepatutnya mempertahankan diri secara reaktif sementara PETRONAS menegaskan dominasi mereka melalui undang-undang persekutuan. Hakikat bahawa Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 74) terus membayangi hak Sarawak membuktikan satu perkara dengan jelas: GPS telah memilih kompromi berbanding keberanian, akomodasi berbanding konfrontasi, dan kepentingan politik berbanding kedaulatan Sarawak.

PBK menegaskan bahawa konsesi secara berperingkat bukanlah bermaksud pemilikan. PBK juga menekankan bahawa peningkatan hasil pendapatan bukan bermakna kawalan, malah lebih penting lagi, “persefahaman” hasil rundingan bukanlah bermaksud ketuanan undang-undang (legal supremacy).

Rakyat Sarawak tidak memberi mandat kepada GPS untuk menguruskan kemerosotan Sarawak secara "berhemah". Mereka memberi mandat kepada kepimpinan untuk mengembalikan hak Sarawak sepenuhnya, seperti yang dihasratkan di bawah MA63 dan status Sarawak sebelum pembentukan Malaysia.

Menurut penilaian PBK dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, kerajaan GPS dilihat lemah oleh rakyat Sarawak. Kerajaan GPS dianggap oleh rakyat, secara amnya, sebagai takut untuk mencabar dominasi persekutuan dan tidak sanggup berhadapan dengan PDA 74 secara terus. Semakin ramai rakyat Sarawak berpandangan bahawa kerajaan GPS tidak mampu memberikan kemenangan yang muktamad buat Sarawak.

Keyakinan rakyat Sarawak terhadap kerajaan GPS semakin merosot kerana bagi mereka, masa depan Sarawak tidak boleh dilindungi melalui langkah separuh jalan dan rundingan pintu belakang.

Parti Bumi Kenyalang menggesa kerajaan GPS untuk bertindak tegas dan telus dengan mengeluarkan satu ultimatum politik yang jelas di Parlimen untuk menyemak semula, meminda, mengganti, atau membatalkan Akta Kemajuan Petroleum 1974 sebagaimana ia terpakai kepada Sarawak, serta menegaskan hak pemilikan Sarawak secara rasmi, bukan sekadar penyertaan kawal selia. Kerajaan GPS mesti mengambil pendirian undang-undang dan perlembagaan yang teguh, bukannya menyerahkan nasib Sarawak kepada tafsiran persekutuan semata-mata. Kerajaan GPS juga mesti melaporkan secara terbuka kepada rakyat Sarawak tentang apa yang telah dimenangi — dan apa yang telah diserahkan. Kini, rakyat seolah-olah dibiarkan dalam kegelapan.

Jika kerajaan GPS tidak mahu atau tidak mampu mengambil langkah-langkah ini, maka mereka harus mengakui had kemampuan mereka secara jujur kepada rakyat Sarawak.

Orang awam dimaklumkan bahawa Parti Bumi Kenyalang tetap teguh dengan kepercayaan bahawa minyak dan gas Sarawak adalah milik Sarawak — bukan melalui konsesi, bukan melalui rundingan, tetapi melalui hak mutlak.

Sarawak layak mendapat kepimpinan yang mempunyai kemahuan politik, keberanian undang-undang, dan kejelasan moral untuk mempertahankan sumbernya tanpa rasa takut atau pilih kasih.

PBK akan terus bersuara, bertindak, dan berjuang untuk sebuah Sarawak yang berdiri sama tinggi — bukan subordinat — dalam Persekutuan Malaysia.

Sarawak bukan meminta lebih. Sarawak menuntut apa yang sememangnya hak miliknya.

VOON LEE SHAN Presiden, Parti Bumi Kenyalang 19 Januari 2026

free website promotion SubmitX.com

Offer A Gift To Support Parti Bumi Kenyalang (以财礼方式来支援肯雅兰全民党)

Parti Bumi Kenyalang is a multi-racial political party in Sarawak and having an achievable mission :"IN QUEST OF INDEPENDENCE".

We plan to field 82 candidates in the coming Sarawak Election. We are not taking any donations but your gifts in appreciation of our struggles are appreciated. 

肯雅兰全民党是砂拉越的多元种族政党,其使命是可实现的:“追求独立之路”。我们计划在即将到来的砂拉越大选中派出82名候选人,因此我们需要砂拉越人民和海外支持者在经济上以财礼(gift) 方式来支援我们。

Click Here To Offer A Gift

(以财礼方式来支援我们)

Parti Bumi Kenyalang Facebook "Live" 肯雅兰全民党面子书直播

Parti Bumi Kenyalang Facebook Live

PBK Mission Passport使命护照

  

Download PBK Passport 
(for reference only)
下载肯雅兰全民党:使命护照 
(只共参考)

PBK Membership Application

Voice Of Kenyalang QR Code 肯雅兰之声二维码

Total Viewers Since 1 Dec 2018 从2018年12月1日至今总拜访人数

页面访问数:
5833629